
Sulit
5 tahun
Sakit badan dan dada, sesak nafas dan sakit perut
Hi doctor sebelum saya period saya ada sakit perut dan sesak nafas saya ada pegi ke klinik dan doctor cakap gastrik tapi sampai skrg perut saya masih sakit dan sesak nafas dan badan2 saya juga sakit tapi skrg saya tgh period dan keluarga saya ada mengalami anemia dan asthma adakah perkara ni berkaitan dengan saya?? Saya juga pernah ambil nebulizer

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- anemia
- asma
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.