Anonymous
6 tahun
Sakit badan dan demam rsa nk muntah
Maaf nk Tanya, saya wanita berumur 20 thn,saya skit belakang,bahu,lengan, lenguh kaki Dan tangan,kerap kebas lebih2 lg Waktu mlm smpi tkboleh tdo,kerap Demam berpnjangan selama sebulan,hilang berat badan,hilang Selera makan,rsa mual,sakit kepala,pening kepala,sembelit,rasa skit mencucuk Di dada, bawah rusuk,tangan,kaki,dan Tulang belakang,dh lama dlm masa 6 bulan ,saya dh pegi byk kli tp masih mcmtu ,sebelum ni ada buat ujian darah,ada infection,ESR (53) sebulan yg lalu,pstu sya tkpegi klinik,busy exam
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang iaitu:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti : Batu karang pada saluran buah pinggang dan Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.





























