
shaacshaa
2 tahun
Sakit badan dan kepala
sata laki berumur 35thun.mengalami pening kepala(blurr/berkhayal) dan sakit2 badan mlebihi 3 hari.sekarang prnafasan saya terasa sempit ,sukar bernafas

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang telah diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, memandangkan anda mengalami gejala sukar untuk bernafas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Hospital kerajaan yang menyediakan kemudahan ujian COVID-19 cuma memberi keutamaan kepada yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Namun, anda boleh melakukan ujian ini dengan kami melalui home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Allergic Rhinitis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sihat.