fairul.yaacob
4 tahun
Sakit badan dan sakit di bahagian jari kaki
Saya lelaki berumur dalam 43 tahun kadang-kadang mengalami sakit-sakit pada bahagian badan serta 3 jari kaki kanan dan terdapat juga kesan sakit apabila ditekan sedikit di salah satu bahagian tulang belakang sebelah kiri (bahagian tengah)
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi memandangkan and mempunyai gejala sakit pada bahafian badan serta 3 jari kaki kanan dan belakang. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.