
Sulit
3 tahun
Sakit badan kaki tgn sejuk
Saya tak ada pergi mna setakat kelua g kedai balik tpi da 2-3 hri nie sy mengalami mcm sukar bernfas pedih hulu hati kaki tgn sejuk mcm nk dmm tpi cek suhu xdmm… Bln lps ad jugak buat swap kt kk Alhamdulillah negetif… Knp ye Allah sngt merisau kn sy sbb ad ank kecil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan covid, jangkitan pada sistem pernafasan, penyakit paru-paru, penyakit jantung Iskemia, Kelemahan jantung dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Selain itu, anda juga boleh buat ujian covid kendiri dahulu atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.
Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri.