Sulit
3 tahun
Sakit badan, pening dan perut terasa seperti kembung
saya wanita berumur 27 tahun. sudah berkahwin. semalam saya merasakan sakit sakit badan terutama belakang badan. Payudara juga sakit seperti bengkak. bila pegang sakit. bila tak pegang rasa macam ngilu ngilu. Perut saya pula terasa sakit dan kembung seperti kejang dan saya tidak dpt duduk dgn selesa. bila baring perut saya okay. kepala terasa pening pening dan cepat mengantuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, masalah payudara sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























