
Sulit
4 tahun
Sakit badan sebelah kiri , sudah 1 minggu
Aku remaja 17 tahun , sudah 1 minggu sakit bahagian badan sebelah kiri , okey sudah kalau saya makan vitamin , tapi kadang kadang sakit bahagian bahu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang lenguh sebelah badan.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan yang terlalu berat
- kekurangan gula / air dalam darah
- faktor psikologi (i.e. stres, depresi)
- gangguan muskoloskeletal
- strok
- multiple sclerosis
Buat sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jangan melangkau waktu makan ( skip meals )
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu stres atau tekanan
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri bearda pada posisi yang betul apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk mengetahui kondisi sebenar anda kerana pemeriksaan klinikal perlu dilakukan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pakar kami sedia membantu.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.