
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian abdomen, ada sikit bengkak kanan perut, hilang selera makan
On the frist day,i had a sudden fever without coughing or selesema etc like so sudden and i was shivering after took a bath (bcs the water is so cold (cold weather)),the next day the fever had went away and cirit birit sedikit sahaja dan sakit perut,and i put minyak angin.the next day,sakit perut makin kuat and i started to feel like bengkak kat kanan perut,cirit birit tiada,and hilang selera makan,tapi bila lapar memang banyaklah makan,and bila duduk bersila,perut rasa sakit sedikit atau macam bergas,is it appendix?i dont want to have it😭 please no how do i reduce the pain,can i blend anti inflammatory fruits to a juice so that i can reduce the pain plss

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Radang apendiks ( appendicitis )
- Radang pankreas ( pancreatitis )
- Divertikulitis
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Fibroid atau polip rahim
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berdasarkan keterangan tentang bengkak yang timbul pada bahagian kanan perut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda mempunyai keraguan, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih