shukriefina94
6 tahun
Sakit bahagian atas pada pinggang kiri
asalamualaikum…saya wanita 24tahun dh brkahwin ada seorg anak prmpuan umur 4 tahun…dalam 1mggu ni saya sllu sakit di bahagian kiri atas pinggang…mula2 saya igt sakit biasa shj dan blh baik dlm 1 atau 2 hri…tp dlm hmpir smmgu sakit masih blum kurang dan blum hilang…terasa jgk ada sakit di bahagian belakang dan kadang2 ada rsa sakit di bhgian punngung…dan ada jgk terasa angin dlm perut walaupun dh makan…trma ksih doktor…smoga sya dpt penyelesaian,utk penyakit sya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala yang anda sebutkan boleh berpunca daripada:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Gastrik refluks
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























