
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian atas payudara sebelah kiri
Salam sejahtera.
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami sakit pada bahagian atas payudara sebelah kiri. Sakit ini tidak berterusan, saya dapati ia hanya muncul sekali dalam beberapa bulan. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia berlarutan selama 2-3 hari. Saya sering (boleh dikatakan setiap bulan) juga membuat pemeriksaan sendiri (seperti yang pernah diajar oleh nurse dan rujukan melalui poster) untuk mengenal pasti sebarang benjolan di bahagian payudara, dan setakat ini saya dapati tiada sebarang benjolan yang timbul. Soalan saya, adakah rasa sakit ini sesuatu yang merisaukan dan apakah kemungkinan penyebab rasa sakit ini?
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada payudara anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Pembengkakan payudara akibat - saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.