
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian bawah abdomen
Saya berusia 25 tahun, pernah bersalin normal 4tahun lepas.
Seminggu yang lepas saya mengalami gejala PMS… Sengguggut. Semalam pada waktu petang, dalam jam 4 petang, tiba2 bahagian bawah abdomen sebelah kiri berhampiran tulang pelvic, sy rasa sakit teramat seperti Sakit contraction di ikut sesak nafas dan mual dan rasa tidak selesa peha kiri.
Pada sebelah malam, apabila saya berbaring, sy rasa senak dibahagian tersebut apabila ditekan sedikit ia menjadi terlalu sakit dan hari ini sakit menjalar bahagian peha kiri dan ke pinggang dan bahagian belakang di serta dengan nafas pendek.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
- Masalah apada tulang spina
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ………………………… Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.