
aliasabrina1503
5 tahun
Sakit bahagian bawah kanan perut
Saya remaja berumur 19 tahun. Saya mengalami sakit di bahagian bawah sebelah kanan perut hari ini selepas makan. Sakit itu berlaku teramat sakit apabila saya berdiri dan berjalan dan tidak terasa ketika saya duduk. Saya juga kerap kencing kerana saya banyak minum air harini. Saya juga terus buang air besar selepas makan tadi tapi hanya sedikit dan kecil bentuknya. Saya sentiasa memakai tali pinggang dan mengikatnya dengan ketat kerana saya kena ‘tuck in’ baju. Makanan yang saya makan sebelum sakit itu juga rupa rupanya sangat hanyir tanpa saya sedar. Selepas makan baru saya sedar bau tersebut. Period saya juga masih lambat lagi(2 minggu akan datang). Jadi apakah punca saya berasa sakit tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Jangkitan saluran air kencing atau buah pinggang
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit, kista (cyst) dalam ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.