
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah lidah
Hi Doc, I’m a female 20, nak bertanya tentang sakit di bahagian bawah lidah, ia berasa sakit di bhgn kiri bwh lidah yg di permukaan lantai lidah. kadang2 ia akan berlaku setiap kali masa makan nasi. tapi slps beberapa minit ia akan hilang dan saya dpt makan seperti biasa… tetapi semasa makan tengahari tadi sakit tu datang balik dan tidak hilang2 sampai sekarang. saya mengalami sedikit kesukaran untuk menelan makanan kerana akn berasa sakit pada bahagian tersebut jika telan makanan. saya ada cuba memegang dan menekan sedikit di leher bahagian kerongkong belah kiri dan berasa sedikit sakit. saya tidak tahu adakah sakit tersebut pd lidah atau tekak. adakah berlaku sebarang luka atau bengkak ? saya berasa takut untuk cek ke klinik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di bahagian bawah lidah. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Alahan
- Glottitis
- Jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih