
rarion51
5 tahun
Sakit bahagian bawah payudara
Saya wanita berumur 22, saya alami sakit di bawah bahgian bayudara saya di sebelah kiri dan kanan pada waktu berbeza beza…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit payudara biasanya bersifat normal apabila ia terkait dengan kitaran haid anda. Masalah sakit ini biasanya disebabkan perubahan hormon yang mana ia akan terjadi sebelum dan diawal kitaran haid. Ia akan berulang sehingga anda menopause (hormon wanita kurang). Bagi merawat masalah payudara ini, doktor dapat memberikan anda beberapa jenis vitamin dan ubatan sekiranya penanganan awal tidak berhasil. Antara penanganan awal sakit payudara ini adalah:
- Kurangkan stress
- Menggunakan bra yang sesuai dan memberikan sokongan yang baik
- Mengamalkan diet yang seimbang
- Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein (seperti kopi dan teh)
- Menurunkan berat badan kepada kadar normal (sekiranya anda obese)
- Mengambil painkiller
Akan tetapi, sekiranya tidak jelas kaitan diantara sakit dengan kitaran haid, dikhuatiri masalah ini dapat disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, seperti:
- Mastalgia ( noncyclical )
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan masalah ini dapat pelbagai daripada sakit biasa sehingga kepada yang serius, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor. Hal ini adalah supaya anda tidak perlu menderita dengan sakit ini lagi apabila pengubatan yang tepat telah diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.