
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah perot
Saya wanita berumur 24 tahun… Mempunyai seorang anak… Sy mengalami sakit bhgian bwh perot hampir 3bulan. Sy turut rasa mual. Period sy normal setiap bulan… Sy pernah scan pada bulan 7 2020 dan Dr mngesahkn sy ada cyst tp tidak membimbangkn kerana baru 1cm… Skrang sakit sy kembali lg… Adakah sy sakit disebabkn cyst sy mkin mmbesar

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat tentang masalah yang anda pernah hadapi, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan jika kesakitan yang anda alami adalah disebabkan cyst.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit di bahagian bawah perut:
- Keradangan appendiks
- Usus tersumbat
- Kehamilan ektopik (kehamilan berlaku di luar rahim)
- Endometriosis
- Fibroid rahim
- Cyst ovari
- Penyakit radang pelvis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.