
Anonymous
6 tahun
Sakit bahagian bawah perut dan pinggang diikuti kencing berdarah
Saya wanita berumur 45 tahun. Mengalami sakit bahagian bawah perut dan pinggang diikuti dengan kencing berdarah selama 1 minggu. Badan jadi lemah dan tidak bermaya. Dalam air kencing terdapat ketulan darah halus.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca kencing berdarah, antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada kemaluan
- Masalah pendarahan
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca dan merawatnya. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kami boleh membuat kesimpulan. Oleh itu, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan salah seorang ahli Peduli Sihat!