
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah perut hamil 6 minggu
saya disahkan positif hamil (anak pertama). kesihatan saya alhamdulillah sihat dan baik.
usia kandungan 6 minggu saya sakit bahagian bawah perut pada waktu pagi.adakah sakit ini normal?
saya dah pernah buat scan masa usia kandungan 5 minggu 4 hari. kantung baby tidak kelihatan kemungkinan baby masih keci. dan keseluruhan doktor cakap okay . tiada cyst tiada yang abnormal.
saya mohon dr dapat jelaskan agar dapat menghilangkan kerisauan saya. terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Sudah tentu puan berasa gembira dan menunggu kelahiran si cilik!
Kami berasa simpati atas sakit perut yang puan alami sewaktu kehamilan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut sewaktu kehamilan. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- kehamilan luar rahim. Puan diminta untuk terus berjumpa dengan doktor.
- ovarian cyst
- keguguran
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, pendarahan berketul, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.