
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian bontot kanan
Anak sy 10 tahun tetiba rasa sakit punggung belah kanan hingga ke peha.disebabkan apa ye terjadi pekara mcmni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit di bahagian punggung adalah aduan yang terlalu am dan mempunyai pelbagai sebab lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan satu bahagian sahaja. Rasa kebas secara amnya boleh disebabkan oleh pelbagai masalah seperti:
- Saraf terhimpit dengan tulang/ otot sekitar dan rawatan fisioterapi/ senaman adalah diperlukan
- Masalah kencing manis
- Masalah keradangan saraf
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah sakit dan kebas punggung merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar Ortopedik dan pemeriksaan serta rawatan lanjut akan diberikan mengikut diagnosis yang bersesuaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.