
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian dubur & keluar cairan nanah bercampur air
Sy lelaki 29 thn…sy demam dh 7 hari…muntah,pening,cirit…bila pergi hospital ambil darah semua ok…xd virus…tp balik rumah je sy demam…dan baru terjadi sakit yg amat sangat pada bahagian dubur sy dan keluar air nanah berwarna kuning cair…apa penyakit sy doc???tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dibuat. Maka, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang mungkin anda hadapi.
Nanah pada dubur
Keradangan usus (inflammatory bowel disease)
Terdapat juga kemungkinan gejala yang anda hadapi bukan disebabkan hanya satu penyakit tetapi disebabkan beberapa masalah yang berbeza. Seperti:
Cirit-birit berjangkit (gastroenteritis)- simptom penyakit ini adalah seperti sakit perut, cirit-birit, muntah, demam, sakit kepala
Bisul pada bahagian dubur
Kerekahan dubur (anal fissure)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.