Sulit

3 tahun

Sakit bahagian kiri payudara

Hi. Saya wanita berumur 24 tahun dan telah mempunyai seorang anak. Sejak kebelakangan ini, saya dapat saya sering sakit di bahagian kiti payudara saya. Saya tak pasti samada bhgn payudara atau dada tapi berdekatan di kawasan tersebut. Perkara ini telak membuatkan saya sukar bernafas dan mengambil masa selama 2-3 hari untuk sakit reda. Ada suatu hari tu, sakit saya telah reda, tetapi anak saya terlanggar payudara belah kiri saya dan menyebabkan sakit kembali seperti sebelum ini. Pun sama ia mengambil masa 2-3 hari untuk hilang. Saya dapati tiada benjolan di kawasan payudara kiri saya. Saya juga sering mual2 hampir setiap hari. Boleh saya tahu apakah punca tersebut? Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit payudara bahagian kiri dan boleh dicetus apabila payudara anda disentuh atau dilanggar serta disampingi oleh sesak nafas yang berlaku semenjak ini. Kemungkinan masalah yang anda hadapi adalah berpunca daripada tulang rusuk ataupun payudara. Namun kepastian lanjut harus diketahui bagi mendapatkan jawapan yang tepat mengenai masalah anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang puan perihalkan di atas, iaitu:

  • Ketidakseimbangan hormon, dimana sakit payudara boleh berlaku atas pengaruh hormon wanita iaitu progesteron dan estrogen yang bergelora di dalam badan ketika kedatangan haid. (Cyclic Breastpain)
  • Jangkitan kuman serta keradangan pada saluran tisu payu darah (Mastitis). Selalunya ia akan disampingi oleh perubahan pada puting seperti ketumbuhan ulser dan juga pengeluaran nanah.
  • Ketumbuhan sista dalam payu dara (Breast Cysts). Perubahan tisu menjadi sista dalam payudara dan selalunya berlaku pada wanita yang berumur
  • Payudara yang mengandungi terlalu banyak susu dan ketumbuhan tisu yang mengeluarkan susu. (breast engorgement)
  • Pemakanan yang tidak sihat seperti tabiat memakan makanan yang mempunyai kandunga lemak dan gula diproses yang tinggi
  • Keradangan pada sendi tulang rusuk sebelah kiri atau ketegangan otot pernafasan pada tulang rusuk yang disebabkan oleh keradangan atau jangkitan kuman.
  • Tabiat merokok yang boleh meningkatkan hormon epinephrine dalam tisu payudara dan menyebabkan kesakitan.

Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.

Walaubagaimanapun, selalunya sakit payudara yang dialami oleh wanita berumur dibawah 30-an adalah disebabkan oleh pengaruh hormon yang berkait dengan kitaran haid. Ini lebih dikenali sebagai Cyclic Mastalgia iaitu kesakitan payu dara yang berkait dengan kedatangan haid. Oleh itu, kami ingin menasihati anda untuk memantau simptom-simptom lain yang berkait dengan masalah organ reproduktif wanita (organ yang bertanggungjawab atas rembesan hormon-hormon wanita) seperti:

  • Haid tidak teratur
  • Keputihan yang aneh
  • Susah untuk mendapatkan zuriat atau kehamilan
  • Senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid
  • Pendarahan yang tidak terkawal
  • Sakit perut bahagian perut bawah
  • Penumbuhan bulu roma pada bahagian badan yang tidak sepatutnya dan tidak terkawal.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini agar mendapatkan punca masalah yang anda perihalkan serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

70213041

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)