
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian leher, lengan kanan penat kekebasan dan sakit belakang
saya berumur 20 an sering mengalami kesakitan ini dan tidak henti pada mula kesakitan ini bermula dari tangan kanan saya cedera dan pada kelamaan sakit hingga ke bahu leher belakang kadang2 kekebasan berlaku pada jari, kadang2 ia mencucuk d dada apabila menarik nafas ke dalam, sebelum ini saya pernah membuat fisioterapi dan memakan ubat saraf, dan membuat rawatan acupunture pada bahagian bahu hasilnya pulih sebentar saja, jadi saya ingin tahu apa cara rawatan lain yang diperlu dan apakah ubat yang perlu di makan selain ubat saraf?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bagi mengatasi masalah ini punca masalah tersebut perlu ditangani sekiranya ia diketahui dan kadang-kala jika punca tidak diketahui, maka rawatan simptomatik adalah cara yang terbaik. Antara kaedah menangani masalah berkaitan saraf ini, anda perlu:
- Membuat senaman fisioterapi
- Ambil ubat saraf yang diberikan
- Tidak memberikan tekanan kepada tangan dan bahu anda
Antara ubat lain yang boleh diambil anda ialah ubat tahan sakit bagi mengawal gejala kesakitan dan sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.