Sulit
5 tahun
Sakit bahagian lengan, bahu hingga ke rahang & bawah rahang diikuti sakit dada & sesak nafas
Rakan sekerja di dapati Positif Covid19. Manakala saya hanya diklafikasi sebagai kontak kasual. Saya telah melakukan saringan swab test (PCR) dan didapati negative. Namun pada hari ke-5, saya mengalami sakit bahagian lengan, bahu hingga ke rahang & bawah rahang. agak sukar untuk tidur terlentang/menyiring kerana berat/sukar untuk bernafas, sekiranya saya tidur terlentang/menyiring, pasti akan terjaga kerana sakit & sesak bahagian dada maka saya terpaksa tidur duduk atau meniarap.
Saya sudah ke klinik kesihatan namun tekanan darah & oksigen normal. Hanya diberikan Paracetamol & antibiotik untuk sementara.
Untuk pengatahuan, saya masih menjalani rawatan untuk absence seizure di Hospital Sg Buloh dan sudah 2 tahun tidak mengalami absence seizure tersebut.
Persoalan saya:
Adakah saya mengalami gejala Covid19? berpotensikah saya untuk dijangkiti walaupun keputusan swab saya negative?
Adakah saya mengalami simptom-simptom sakit jantung? Majority keluarga terdekat (Ayah, atok, pakcik & makcik) saya menghidap Stroke, Hipertensi & Arteri Koronari. Ayah saya menhidap Hipertensi, Stroke & Arteri Koronari, adakah saya juga berpotensi? adakah ini simptom-simptom awal penyakit tersebut?
Adakah saya simptom-simptom yang saya alami akan trigger sawan/absence seizure yang saya alami?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda terhadap gejala sakit bahagian lengan, bahu hingga ke rahang yang disertai gejala sukar bernafas dan sakit dada apabila berada dalam posisi terlentang. Anda juga ingin mengetahui sekiranya ia berhubungkait dengan positifi COVID-19, penyakit jantung dan sawan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Akan tetapi, berdasarkan simptom sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID19 atau ia berhubungkait dengan masalah serius yang lain. Oleh itu, penilaian selanjutnya hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Anda juga amat disarankan untuk menghubungi talian 999 dengan kadar segera atau memaklumkan keadaan anda saat ini kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital kerajaan yang terdekat sekiranya mengalami gejala-gejala yang membimbangkan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































