
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian linggang
Saya wanita yg sudah berkahwin dan masih belum diberikan zuriat dan saya ada history pasal cyst,kebelakangan ni saya terasa sakit/lenguh di bahagian pinggang,bila saya duduk atau berdiri selalu terasa tetapi jika saya baring tidak terasa…tolong bantu saya jelaskan kerana saya belum pergi ke hospital untuk masalah ini

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Umumnya sakit pinggang yang anda alami boleh berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya termasuk:
- Otot kawasan pinggang yang terseliuh
- Gangguan muskuloskeletal
- Gangguan saluran pencernaan
- Gangguan organ wanita
- Gangguan buah pinggang (i.e. batu karang, acute kidney injury , dll.)
- atau gangguan lain yang memerlukan rawatan doktor
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan adik anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar adik anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.