
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian operate di perut
hai saya pernah operate appendix. komplikasi terpaksa potong panjang. 12 jahitan. saya kerap rasa sakit dibahagian operate. contoh saya baring dan bila nak bangun terasa pedih dan panas bahagian operate. serius ke? atau kerap berlaku untuk yang pernah operate perut. harap doktor boleh bagi jawapan terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, beberapa maklumat lebihan perlu diketahui seperti bilakah anda melakukan operasi tersebut. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian operasi seperti:
- Jangkitan
- Pendarahan
- Keradangan dan jangkitan kepada organ lain
- Usus tersumbat
Masalah sakit perut di bahagian kanan juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan dan pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.