
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian perut tengah hinga ke bawah pusat
Saya wanita berumur 21 tahun sejak 3,4 hari ni saya selalu rasa pedih bahagian perut hingga kebawah pusat,dan perut kerap kembung, kadang tak tahan sakit sampai rasa nak pitam, keputihan saya pon makin banyak dan agak berbau sedikit

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda sakit perut seperti:
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Masalah keputihan patologik yang anda nyatakan selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria atau kulat dan selalunya memerlukan rawatan. Ciri-ciri keputihan patologik ialah:
- Lendir yang kental dan melekat
- Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
- Berbau busuk
- Jumlah yang banyak
- Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
- Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.