
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian perut
Saya wanita berusia 20an mempunyai seorang anak… lepas saya bersalin dlm tempoh 9 hingga 1tahun umur anak saya… saya sering rasa sakit di bahagian kiri dan kanan ari-ari… rasa sakit pada ketika saya nak bangun dari duduk atau berpusing dari tempat tidur… mohon pencerahan drpd dokter

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Hernia
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi seperti kesakitan waktu ovulasi, senggut dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah anda, kami memerlukan maklumat lebih lanjut sebelum kesimpulan dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.