
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian pundi kencing , kekerapan ke toilet , kencing berdarah dan berbuih
Hii saya baru lepas bersalin 7bulan yang lalu . Harini waktu saya nak buang air kecil , saya berasa sakit dan keluar darah berketul ketul . Setiap kali sy buang air kecil akan keluar darah sekali . Setelah beberapa jam saya lihat air kencing sy masih sedikit berdarah dan kelihatan buih yang banyak . Adakah kerana jangkitan kuman yang menyebabkan kencing saya berbuih , berasa sakit dan berdarah atau pun ada masalah dengan buah pinggang ?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda air kencing berdarah antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.