
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian tekak
Saya berumur 46 tahun.masalah saya ialah saya terasa panas dan rasa tidak selesa pada bahagian tekak saya.saya risau Klau saya dijangkiti penyakit covid…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami anda mengalami rasa panas dan tidak selesa di bahagian kerongkong anda. Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Sakit kerongkong atau rasa tidak selesa pada bahagian tekak biasanya berpunca dari salah satu perkara di bawah :
- Jangkitan bakteria atau virus
- Alahan
- Masalah asid refluks
- Keradangan tonsil (Tonsillitis) / Laringitis
Kebanyakan sakit kerongkong boleh mempunyai simptom-simptom lain seperti demam, batuk, bersin, hidung tersumbat atau sakit tekak semasa menelan. Bagi mengetahui penyebab sakit tekak anda, sila rujuk kepada doktor supaya rawatan lanjut dapat diberikan.
Anda juga boleh mengunakan khidmat konsultasi atas talian bersama doktor kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.