
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian tengkorong tekak
saya wanita 21 tahun seorang pelajar, saya mula sakit di bahagian tengokorong ketika saya zaman diploma semester 1, sekarang saya merupakan pelajar degree semester 1. bila tekan di bahagian kiri atau kanan seperti ada benjolan dan sakit, tetapi dia kejap okay dan kejap dia datang balik sakit. saya juga mengalami sukarno bernafas, dulu saya mula perasan saya mengalami kesukaran untuk telan makanan seperti saya punya salur nak telan tu mengecil (ini hanya andaian saya) sehingga saya perlu minum air terus kerana saya merasakan makanan itu tak bergerak ke bawah dan tersekat which is sakit. kenapa ya? terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda tersebut. Antaranya adalah:
- Tonsilitis
- Thyroiditis
- Ulser
- Keradangan tekak
- Kanser tekak
Untuk masalah sukar bernafas, ia boleh merupakan gejala sampingan daripada sebab-sebab yang saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan supaya anda merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.