
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian tengkuk
saya seorang wanita berumur 20 tahun. beberapa hari yang lalu, saya telah mengangkat sebuah kotak berisi oven yang besar dan berat. saya cuba meletakkan kotak tersebut pada bahagian atas kepala untuk mengangkat kotak tersebut .malangnya, keesokan harinya saya berasa sakit pada bahagian tengkuk dan bahagian2 badan yang lain. apakah yang boleh saya lakukan untuk mengatasi rasa sakit ini ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
postur yang tidak baik,
ketidakseimbangan otot,
kekurangan stabiliti otot tengkuk,
kecederaan whiplash
trauma kerana menangkat barangan berat
Bagi situasi anda,masalah ini berkemungkinan daripada mengangkat barangan berat namun punca lain harus juga diteliti. Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
Ice pack – untuk sakit leher yang akut. Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.
hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang. Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.