
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian tulang kaki belakang
Saya wanita berumur dalam lingkungan 20 an.
Skarang saya kerap mengalami gejala sakit kaki bahagian tulang sokongan ( Belakang) . Dan terdapat benjolan di bahagian blkng tumit kaki.sakit bila saya tekan benjolan tersebut.saya tidak pasti disebabkan apa.kadang-kadang sakit bila saya terlangar bhgian belakng kaki demgan objek keras.sampai terinjit-injit dibuatnya.boley doktor tolong punca penyakit saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kaki belakang serta benjolan pada belakang tumit anda boleh disebabkan:
- Kista ganglion (Ganglion cyst)
- Abses (nanah)
- Tag kulit
- Nodul rheumatoid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.