Sulit
3 tahun
Sakit bahgian pinggang dgn perut …dan nak tnye kenape sejak akhir II nie mudah letih
i remaja perempuan 15old sejak 2days nie i sllu sakit bahgian pinggang and perut dan mudah letih,lesu,mengantuk,pening,time saya terjaga dr tidur badan saya panas amat .boleh saya tahu kenape .?sebelum saya pergi ke klinik saya ingin tahu terlebih dahulu シ.
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan mudah merasa keletihan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca anda mengalami gejala tersebut. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti batu karang pada saluran buah pinggang atau masalah pada usus
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























