
Sulit
5 tahun
Sakit Bahu dan Belakang Badan
Hi doc…sy sorang wanita berusia 29tahun dan memiliki 2 org anak.selepas kelahiran ank kedua sy disahkn mengidap hypertensi dan on ubat antelol selama sebulan…sy bekerja sbg logistic coordinator(warehouse inventory management) hampir 10 tahun dan…sebelum melahirkan ank sy xpernah rasa sakit badan n belakang mcm yg skrg ni…adakah faktor melahirkan ank dan tekanan kerja skrg menyebabkan sy mengalami sakit badan?jika sy duduk dan bangun semula sakitnya terasa di pinggang dan jika sy terlalu byk berfikir time kerja/melihat komputer sy akan rasa sakit pada bahagian bahu…sy kerap ke klinik dan doc hanya menyuruh kurangkn berat badan,melakukan senaman otot(kerana byk pergerakan time kerja),mkn ubat muscle relax,tampal koyok acustop tetapi kesakitan pada bahu ke pinggang terasa sakit walaupun sy dah makan muscle relax n tampal koyok…adakah sy perlu dptkan rawatan dan ubatan selain dri atas…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit bahu dan belakang anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Pemakaian kasut tumit tinggi
- Postur badan tidak kondusif ketika kerja
- Kesan melahirkan anak
- “Frozen shoulder” - faktor risiko ialah diabetes
Anda disarankan untuk mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor anda disamping membuat senaman bagi bahu dan belakang. Namun untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.