
Sulit
3 tahun
Sakit bahu dan bunyi seperi tulang berlaga
Salam. Saya seorang wanita berumur 26 tahun, berat 72kg dan ketinggian 149cm. Saya mempunyai masalah apabila sy cuba mengankat tangan lebih tinggi saya akan mula berasa sakit dan bunyi tulang seperi berlaga. Saya tidak ada jatuh dalam masa terdekat. Baru2 ini, sy cuba bangun daripada baring menggunakan sebelah tangan tetapi sy berat sakit yang teramat sehingga hari ini. Sakit untuk mengangkat tangan lebih tinggi dan apabila turun… Adakah saya mempunyai masalah saraf atau masalah berat badan? Kerana tapak kaki saya juga sakit apabila bangun pagi ketika ingin berjalan, saya juga sering berasa lenguh sebelah badan terutama bahagian belikat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit pada tapak kaki dan bahu anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Penyakit sendi - seperti osteoartritis, radang sendi, rheumatoid artritis
- Penyakit saraf - akibat kencing manis dan darah tinggi
- Kurang vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit periferi arteri - faktor risiko seperti kencing manis dan darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.