
cesterjoel
5 tahun
Sakit bahu kebas sampi lengan seperti di cucuk
Hello, saya ingin menanyakan satu soalan.sy sudah sering rasa sakit bahu kiri sakit kebas,rasa mcm kena cucuk dan dada terasa terhimpit bila bernafas…pakah tanda yg saya alami dan sakit ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham dengan kebimbangan anda memandangan anda sedang mengalami gejala seperti sakit bahu kiri, kebas seperti dicucuk dan dada terasa terhimpit. Untuk makluman anda, gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Memandangkan anda sering mengalami masalah ini, bagi mengelakkan komplikasi, anda harus mendapatkan rawatan dengan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.