
Sulit
4 tahun
Sakit bahu pada bahagian kanan badan
Saya wanita berusia 25 tahun. Saya ada masalah sakit bahu / bahagian belakang badan sebelah kanan ketika duduk dan menaip dengan agak lama, sometimes sekejap sahaja pun sakit. Sakit seperti sengal2 dan tajam2. Sebelah kanan sahaja, bahagian kiri okay. Saya ada minot scoliosis pada lumbar dimana bahagian kanan tulang adalah rileks dan kiri tight. Adakah ianya berkait dengan sakit bahu sekarang ?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya memerlukan persoalan yang lebih mendalam dan pemeriksaan fizikal bagi mengetahui kondisi sebenar anda. Namun begitu, berikut merupakan kemungkinan perkara yang menyebabkan keaddan anda sebegini:
- Masalah saraf di bahagian bahu
- Masalah saraf tunjang
- Masalah tulang belakang seperti scoliosis
- Penyakit jantung kronik
- Otot bahu yang terseliuh atau trauma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.