Sulit
3 tahun
Sakit bahu,sakit jantung setiap kali bernafas
Saya berumur 16,bolehkah seorang remaja menghidapi penyakit serangan jantung.Nenek saya ada penyakit sakit jantung.Adakah faktor ia disebabkan genetik?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit jantung boleh berlaku pada orang muda disebabkan beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk terjadi seperti:
- obesiti
- kencing manis
- kolesterol tinggi
- sejarah keluarga yang pernah mengalami serangan jantung
- tidak aktif dalam senaman
- merokok
- diet dan makanan yang tidak sihat
- kemurungan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!