Sulit
2 tahun
Sakit bahu yang berterusan
Saya wanita dalam 40an mengalami sakit bahu yang berterusan kadang2 bahu tak dapat angkat. Sakit ini berlarutan selama hampir 6 bulan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah otot atau saraf
- Frozen shoulder
- Kecederaan pada bahagian bahu
- Osteoarthritis bahu
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerapa masalah ini sudah berlarutan dan memerlukan pemeriksaan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.