
Sulit
3 tahun
Sakit batu karang
aslm doktor…, sya azy, usia 15 tahun .
sya nak tnya apakah sya mengalami penyakit batu karang berdasarkan gejala yg sya alami ini :
pada waktu malam pinggang sya tiba² sakit mcm ditusuk-tusuk,… tpi dh hilang sbb makan ubat pain killer,… tpi semenjak sakit tu, sya sering sakit pada bhagian pinggang, lama-kelamaan masa sya nak buang kencing, air kencing tu rasa mcm panas dan tibe² ada benda yg kluar ( mcm batu ) disertai rasa sakit ,… dan sekarang kalau nak angkat benda berat pinggang tu mcm rasa sensitif sgt mcm sakit tpi tak terlalu . Apakah ini tanda sakit batu karang atau sya mmg dh mengalaminya doktor?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit pinggang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
masalah berkaitan dengan tulang belakang dan otot
ligamen terkoyak
degenerasi cakera tulang belakang yang berfungsi menyerap kejutan disebabkan oleh penuaan atau terkoyak
ketegangan otot kerana postur yang tidak betul
- penyakit berkaitan buah pinggang atau ginjal
- sindrom usus tidak selesa
- appendisitis
- penyakit keradangan pelvis
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.