
Anonymous
2 tahun
Sakit bawah dagu bahagian kelenjer
Salam Dr, saya mengalami sakit bawah dagu bahagian kelenjer baru 2 hari. Semalam badan saya seperti terasa lenguh²… hari ni dh ok. Cuma bhgian leher je terasa sakit. Dan sekali sekala terasa mual. Sakit bawah dagu ni saya lihat tiada kesan bengkak… cuma rasa sakit dalm sahaja. Bahagian dada pun terasa seperti tidak selesa. Apakah puncanya?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa struktur yang ada di bahagian dagu seperti kulit, otot, kelenjar limfa, dan kelenjar submandibular. Rasa sait tersebut boleh disebabkan oleh keradangan mana mana struktur tersebut. Oleh itu, adalah disarankan untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor dapat membuat pemeriksaan dan ujian yang sepatutnya untuk mendiagnosa anda, terutamanya jika anda mengalami masalah pernafasan, penelanan atau sakit yang teramat sangat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.