
Sulit
3 tahun
Sakit bawah perut bahagian kiri
Hi doctor. Saya perempuan berumur 22 tahun. Saya mempunyai period yg tidak stabil (dlm dua bulan sekali baru period) dan obesiti. Saya rasa tidak selesa di bahagian bawah perut sebelah kiri saya sejak beberapa hari. Kadang2 rasa mcm kene tarik dekat bahagian situ. Sebelum ini saya pernah buat scan di bahagian itu dan tidak menunjukkan apa apa penyAkit. Ketika itu dr memberitahu mungkin akibat muscle kerana saya exercise. Tpi dlm masa terdekat ini saya tidak ada melakukan exercise. Kadang kadang saya juga berasa lenguh di bahagian pinggang kiri belakang. Skrg ini saya masih menyapu ubat muscle yg diberikan oleh dr sebelum ini dan masih terasa tidak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai sejarah haid tidak teratur, obesiti dan sakit pada bahagian pinggang belakang kiri. Anda telah melakukan imbasan ultrasound namun tiada masalah serius yang dikesan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Contohnya adalah;
- Masalah muskuloskeletal (otot serta sendi)
- Slipped disc
- Batu karang
- Jangkitan pyelonephritis (buah pinggang)
- Diverticulitis
- Ovarian cyst
- Fibroid
- Endometriosis
- Kehamilan ektopik
- Trauma
- Postur badan yang tidak betul
Sepertimana di atas, banyak penyakit yang mempunyai simptom seperti anda. Senarai tersebut juga hanyalah diagnosis umum . Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai simptom berbahaya seperti:
- Gejala sakit berterusan dan semakin meningkat
- Perubahan pada air kencing seperti darah atau berpasir
- Perubahan pada najis seperti darah, sembelit atau cirit
- Bengkak pada kaki atau pinggang
- Tidak dapat menggerakkan kaki kerana kesakitan atau hilang deria rasa pada kaki
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.