
Sulit
5 tahun
Sakit bawah perut belah kiri
sy wanita berusia 31tahun.pada awal tahun 2018 sy telah menggugurkan kandungan berusia 6minggu.apabila scan kantung sudah sepenuhnya keluar.tetapi selepas kejadiab perut belah kiri sy mengalami sengal sengal kadang kadang krem kadang kadang macam senggugut.apabila sy pergi check di klinik dan hospital doktor cuma berikan ubat gastrik dan tahan sakit tetapi sakit tersebut tidak hilang.kalau dari segi kewanitaan,sy tidak mempunyai masalah dari segi haid,cuma kadang kadang bila senggugut rasa sakit sangat tapi masih boleh bjalan.dari segi usus pulak hari hari sy buang air besar cuma kadang kala susah nk buang walaupun najis xkeras.sy kena makan ikut masa kalau tak tempat yang sakit tu akan rasa pedih.persoalan nya sakit ni berkaitan dengan organ peranakan ataupun orga perncernaan?apakah rawatan yang patut sy lakukan?bolehbkah sy berurut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit radang pelvis - akibat jangkitan kuman selepas prosedur pengguguran
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, ovulasi, sista (cyst) dalam ovari
- Endometriosis - keadaan apabila sel lapisan rahim tumbuh di organ lain
- Radang divertikular - apabila usus besar mempunyai poket lubang yang mempunyai keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.