tajultajularus80
6 tahun
Sakit bawah perut dan n pening
Saya berumur 38 tahun…saya awal tahun sakit bawah perut sebelaha kanan…saya sudah jumpo doc pakar dan doc ckp radang…tapi sakit lagi baru2 ni ni dibawah perut sebelah kiri…kadang2 sampai ke pinggang…kepala saya pon pening dan x selesa…saya baru di sah kan ada darah tinggi dan mkn ubat…boleh saya tau punca nyer doc…terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Appendisitis kronik
- Jangkitan saluran kencing
- Peritonitis (peradangan lapisan perut)
- Peradangan pelvis
- Polycystic kidney disease - kondisi jarang yang tak menimbulkan gejala
Sebaiknya, mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Photo by Ben White





























