
nrfrhdlla03
5 tahun
Sakit bawah perut dan pedih perut
Saya wanita berumur 18 tahun. Dalam 2, 3 hari ni, saya berasa tidak sedap perut. Kadang kadang rasa pedih perut. Adakala rasa nak membuang air besar, tapi bila pergi ke tandas, takada pun. Harini saya try minum eno halia. Lepas beberapa jam, saya sakit dibawah perut pula. Apakah penyakit yang saya alami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.