
Sulit
3 tahun
Sakit bawah perut di luar waktu period
hai doc,saya wanita 21 tahun. period saya start 26hb hingga 31 hb. period flow normal. tapi sekarang even saya dah habis tempoh period saya still rasa sakit dia bahagian bawah perut betul2 di bahagian rahim belah kanan. tapi sakitnya tak terlalu teruk. certain time saya rasa mencucuk sikit tapi jarang. saya juga rasa sakit bahagian pinggang dan punggung. saya anxious dgn problem saya ni sebab saya search ada kata ini penyakit endometriosis. mohon penjelasan doc. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda. Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian kanan bawah perut, sakit bahagian pinggang dan punggung.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom sakit bahagian pinggang dan punggung bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan