
dejjutdeza
6 tahun
Sakit bawah perut sebelah kiri
Saya wanita yg telah bekahwin 5 bln lepas…dn masih blm dikurniakan chya mata…1 minggu slpas berkahwin sy mengalami kencing kotor …setelah sy bejmpa dktr…dktr mmbuat imbasan xray pd bhgian bwa pert sy…dkt cuma cakap kencing kotor…dn biasa la pasngan yg bru berkahwin…ap yg menghairkan…pd bln ke 3 …sy merasakn sakit di bhgian kiri pingang sy…apabla ditekan kuat sdikit sy akan merasa sakit…terkadang sya rsa pitam dn rasa loya…rasa sakit bhgian kiri masih smpi saat ini…dn keadaan agak kembung sedikit…saya cma nak tahu kenapa keadaan saya jadi mcm tu…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.