
miss.eyla97
3 tahun
Sakit bawah perut setelah berkahwin
Saya wanita berumur 24 tahun dan baru berkahwin. Sebelum ni saya selalu beronani . Dan selepas berkahwin, saya dan suami selalu bersama. Persoalan saya , kepuasan seks saya berkurang, tapi bahagian bawah perut saya selalu sakit. Samada kami bersama ataupun ketika tak bersama. Paling sakit waktu saya berdiri. Semasa melakukan hubungan, saya kerap terkencing. Apakah jangkitan kuman punca kesakitan bawah perut saya ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan pada pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit endometriosis
- Penyakit keradangan pelvis
- Penyakit faraj seperti fibroid
- Penyakit pada ovari seperti sista
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.