
Sulit
3 tahun
Sakit bawah pusat belah kanan sikit
Saya wanita berumur 21 tahun mengalami sakit bawah pusat belah kanan sikit. sakit ni start kemarin pada tengahari rasa sakit sampai nak bergerak pon sakit bangun, duduk, baring atau pegang pon sakit. Tiada simptom lain yang saya alami cuma sakit di bahagian berikut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang anda nyatakan, anda mengalami sakit perut pada bahagian bawah pusat sebelah kanan dan menyukarkan pergerakan anda. Kami memahami situasi yang dihadapi oleh anda dan kami akan cuba membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Gastrik
- Ulser perut
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Keradangan appendiks
Justeru, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi