
aidil
5 tahun
Sakit bawah rusuk kiri akibat batuk
saya wanita berumur 45 tahun…saya batuk sudah 2 minggu tak baik…lepastu tiba2 ada sakit bawah rusuk kiri tu…saya tak batuk pun ada rasa sakit…bila batuk lagi sakit…saya dah xray doktor tak nampak apa2…kenapa ye doktor sakit dekat situ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya apabila batuk otot-otot pada dada anda akan bekerja lebih keras. Batuk yang kerap dan lama boleh menyebabkan bahagian dada anda merasa sakit disebabkan faktor ini. Memandangkan anda telah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan imej gambaran xray dan tiada kecederaan atau masalah lain dilaporkan, besar kemungkinan sakit yang anda alami adalah daripada batuk tersebut.
Namun begitu, sekiranya terdapat gejala lain yang anda alami seperti sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan segera agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan. Sebaiknya rawat batuk anda dan rujuk kembali kepada doktor sekiranya sakit tersebut masih ada walaupun batuk telah sembuh.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.