
moiz_eatsk8
2 tahun
Sakit bawah rusuk kiri depan dan belakang
salam sejahtera, saya lelaki berumur 30, berat 57 dan tinggi 170. sejak kebelakangan ini sakit bahagian bawah rusuk kiri depan dan belakang semakin kerap dialami. setiap kali nak tidur mesti terasa sesak nafas dan terasa mual. sakit ini dtg seiring dgn sakit bahagian tulang belakang terutama bahagian L (mungkinkah slip disc?). untuk pengetahuan, sebelum saya ada buat ujian darah dan kadar LDL agak tinggi.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca sakit yang anda alami.
Sakit pada bahagian hadapan rusuk kiri dan belakang, sesak nafas dan mual boleh menandakan masalah kesihatan seperti
- Sakit jantung
- Masalah sekitar otot, saraf atau tulang dada yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran ketika bernafas
- Masalah paru-paru seperti jangkitan atau salur darah tersumbat dengan darah beku
- Masalah perut seperti ulser, gastrik atau asid reflux
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!